Wednesday 4 March 2015

Soalan Ulangkaji EDU 3083

EDU3083 set 3
Soalan-soalan Ulangkaji
BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan.
1 “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progressif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik dan berdisiplin”
a. Jelaskan tiga cara guru dapat menunjukkan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat majmuk.
(6 Markah)
CADANGAN JAWAPAN
i. guru menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami semasa berkomunikasi, tidak menjerit atau meninggikan suara
Ii. guru menghormati dan sedia mendengar pandangan pihak lain dengan penuh kesabaran walaupun dalam kalangan yang lebih muda, cacat, miskin, kurang cerdas atau berbeza kaum
iii guru tidak membolot atau mencelah perbualan semasa berada dalam kumpulan sosial yang pelbagai, sebaliknya memberi peluang kepada orang lain menyatakan pandangan mereka.
iv. sebagai peramah atau pemurah menghindari dari memuji diri atau bercakap terlalu banyak tentang diri sendiri.
v. bersikap tawadhu’ dalam setiap majlis dan sering merendah diri
vi. meninggalkan atau menjauhi cerita kosong, mengumpat dan bergurau yang keterlaluan






b. Huraikan dua cara kepedulian guru untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru sebagai guru yang “berpandangan progresif dan saintifik”.
(4 markah)

CADANGAN JAWAPAN

i. guru sedar keperluan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam PdP
Ii. guru menunjukkan minat menggunakan TMK dalam PdP
iii guru mengetahui impak penggunaan TMK terhadap perkembangan profesionalismenya.
iv. Guru melibatkan diri dalam penggunaan TMK sebagai inovasi dan perubahan yang memberi impak kepada pelajar dan sekolahi.
v. guru bekerjasama dengan rakan sejawat untuk memastikan keberkesanan inovasi dan perubahan dalam penggunaan TMK di sekolah
vi. guru memurnikan inovasi untuk menambahbaik keputusan pembelajaran pelajar













2 a. Berikan tiga sebab guru novis berbeza dengan guru mahir.
(6 markah)

CADANGAN JAWAPAN

i. guru novis baru mula mempelajari cara mengajar. Manakala guru mahir sudah mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar.
Ii. guru novis masih belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menangani tugas-tugas harian seorang guru. Manakala guru mahir sudah memiliki gaya lancar dan spontan yang membolehkannnya membuat keputusan pdp berdasarkan intuisi
iii guru novis baru membentuk satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan. Berbeza guru mahir kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.













b. Bezakan dua pengetahuan kandungan pedagogi guru novis dan guru pakar.
(4 markah)



CADANGAN JAWAPAN
Guru novis
i. pengetahuan isi kandungan adalah secara diskret / berasingan.
Ii. Tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran.
iii mengajar dengan kurang memberikan pertimbangan bagaimana cara pelajar belajar dan menyususn struktur kognitif untuk pembinaan konsep.
iv. kurang mahir dalam pengubahsuaian perancangan kurikulum untuk kesesuaian keperluan konteks semasa.
Guru pakar
i. pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu.
ii. tindakan pedagogi adalah meluas, interaktif dan pelbagai.
iii. mengajar dengan mengambilkira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya.
iv. memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh membuat pengubahsuaian perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks.




3 a. Terangkan maksud ‘agen sosialisasi dalam konteks pendidikan’ bersama satu contoh yang sesuai.




CADANGAN JAWAPAN
‘Agen sosialisasi dalam konteks pendidikan’ bermaksud seseorang guru atau warga
pendidik yang merupakan penghubung antara murid-murid dengan ibu bapa atau
masyarakat yang bertindak bagi mengembangkan kualiti dan nilai0nilai sosial murid mengikut
arus perkembangan masa kini.
Sebagai contoh, guru mengadakan kelas komputer pada hujung minggu agar kualiti corak
kehidupan masyarakat setempat dapat ditingkatkan.













b. Kemukakan tiga peranan guru sebagai sebagai agen sosialisasi.




CADANGAN JAWAPAN
i. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar serta menguasai pelbagai kemahiran dan nilai-nilai sosial yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.
ii. memastikan perubahan dan perkembangan tingkah laku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.
iii memupuk sikap, nilai dan sahsiah selaras dengan amalan budaya dan norma yang dianggap baik dalam masyarakat
iv. menjadi penghubung antara guru/sekolah, murid-murid, ibu bapa dengan masyarakat/komuniti seperti sumbangan bidang kepakaran, tenaga, masa dan kewangan.












4 a. Jelaskan secara ringkas tiga gaya kepimpinan menurut Blake & Mouton (1964).





CADANGAN JAWAPAN
i. Kelab Rekreasi (country club) – pemimpin memberi penekanan kepada keperluan manusia, perhubungan manusia dan budaya kerja harmoni dan menyenangkan.
Ii. Papa (impoverished) – pemimpin menyumbangkan usaha yang amat minimum, samada terhadap kebajikan pekerja mahu pun pencapaian matlamat organisasi (unsur penghasilan).
iii Berpasukan (team)- pemimpin memberi penekanan kepada semangat saling bergantungan yang positif antara ahli dan komitmen terhadap matlamat organisasi.
iv. Berorientasikan Tugas (Task) – pemimpin yang memberi penekanan kepada keefisienan kerja tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.
v. Di Pertengahan Jalan (middle road) – pemimpin cuba menyeimbangkan keperluan untuk memastikan kerja disempurnakan di samping mengekalkan harga diribersikap tawadhu’ dalam setiap majlis dan sering merendah diri
vi. meninggalkan atau menjauhi cerita kosong, mengumpat dan bergurau yang keterlaluan
(4 markah)








4b. Huraikan dua jenis Tret personaliti pemimpin berkarisma dalam kalangan guru.





CADANGAN JAWAPAN
i. Keyakinan diri yang tinggi dari segi penyampaian p&p dalam bilik darjah atau menjadi jurulatih utama mata pelajaran.
Ii. Berani menaggung risiko terhadap keputusan yang diambil berkaitan aktiviti kurikulum atau kokurikulum.
iii berorientasikan pencapaian, sentiasa memastikan tugas yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan cemerlang
iv. berorientasikan inovasi dan kreativiti
v. bertenaga dan berstamina diri yang tinggi
vi. menggunakan pengaruh terhadap pengikut
vii. bertimbang rasa, peka dan responsif.
(10 markah)








SOALAN ESEI ( 40 markah)
JAWAB DUA SOALAN.
1 “....................sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah merdeka 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam suasana harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana kecenderungan ke arah polirisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.......”
YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Berdasarkan teks ucapaan di atas, bincangkan akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti yang digariskan dalam kod etika keguruan. (20 markah)













Contoh hujah
Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk seperti penduduk berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya. Ini merupakan satu keunikan negara Malaysia. Terdapat dua kemungkinan boleh wujud, sama ada keunikan ini menjadi punca kekuatan dan kemajuan negara ataupun mungkin ia menjadi punca konflik dan pengunduran negara yang boleh menghancurkan kemajuan dan perpaduan hasil daripada usaha generasi negara sebelum ini. Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan persefahaman dan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia.
Cabaran ini perlu dihadapi oleh guru-guru yang mendidik generasi muda berdasarkan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan itu, guru mempunyai akauntabiliti penting terhadap masyarakat dan negaranya. Guru-guru harus memahami aspirasi sistem pendidikan negara seperti yang digariskan dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kaum guru akan komited melaksanakan sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, guru-guru akan bertanggungjawab memastikan enam ciri aspirasi murid dapat disasarkan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
hujah-hujah lain:
i. mengajar dengan berkesan dan cemerlang agar anak-anak Malaysia dapat mendekatkan/memecahkan jurang perkauman dan ekonomi.
ii. memberi ruang kepada murid-murid melalui aktiviti bilik darjah atau kokurikulum yang dapat mendekatkan dan berkawan dari kumpulan etnik lain.
iii. murid-murid dari pelbagai kaum harus dididik untuk menghormati perbezan antara satu sama lain selaras dengan semangat 1 Malaysia.
iv. perpaduan harus menjadi prinsip panduan untuk semua guru dalam aktiviti kokurikn contohnys menghargai semangat kesukanan dan memupuk persefahaman antara kaum.
v. guru-guru harus peka kepada aktiviti pdp yang mungkin mencetuskan polalisasi dan prasangka antara murid-murid dalam kelas.
vi. guru harus bertindak secara profesional, bukannya berdasarkan sentimen peribadi semasa mengajar contohnya mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan merendahkan budaya kaum lain.



(20 markah)
2 “faktor guru merupakan penyumbang kepada kejayaaan organiasi s sekolah cemerlang.”
Adakah anda setuju dengan pernyataan di atas? Huraikan pendirian anda dengan memberikan contoh dan justifikasi yang sesuai.




contoh hujah
Guru merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan dalam mengembangkan potensi dan bakat murid-murid. Tugas dan tanggungjawb tidak hanya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata, malah melebihi batasan dan sempadan sekolah. Guru yang positif akan mendidik murid-murid supaya mempunyai jangkaan yang tinggi dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran. Jangkaan yang tinggi perlu dibentuk dalam kalangan mereka yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai samada dari segi kognitif, emosi, jasmani dan sosial. Guru perlu memahami status sosioekonomi, minat dan kebolehan serta aspek-aspek perkembangan diri murid. Inisiatif ini membolehkan guru mengenalpasti kelebihan dan kekurangan dalam pencapaian murid-muridnya. Seterusnya guru dapat memupuk sifat-sifat murni seperti tanggungjawab, kesungguhan, keyakinan diri dan motivasi sebagai usaha untuk meletakkan jangkaan tinggi dalam minda murid. Kriteria tingkahlaku guru yang berfikiran positif merupakan satu landasan awal untuk menghasilkan sumber manusia iaitu murid-murid yang berketrampilan dalam konteks keberkesanan sekolah. Contohnya guru-guru proaktif akan sentiasa memberikan input-input yang berkaitan perkembangan dunia sains dan teknologi yang boleh membina percambahan idea-idea semasa sesi pdp. Secara langsung tahap jangkaan untuk membina kejayaaan dalam pelajaran dalam kalangan murid akan meningkat dibidang koku dan akademik.
Hujah-hujah lain
i. merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya cintakan ilmu, menggalakkan amalan budaya ilmu di sekolah
ii. guru berpenanan sebagai penghubung dengan pentadbir dan komuniti, menerapkan nilai sosaial ke aras yang tinggi.

iii. guru mencipta suatu persekitaaran pembelajaran yang mana murid-murid boleh belajar dengan cara yang selesa.
iv. guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang tinggi melaksanakan tanggungjawab sebagai mentor, pakar rujuk atau penasihat dalam akademik dan koku.
v. guru memberi rrespons dan sokongan positif terhadap inovasi dan perubahan pedagogi, berani meneroka perkaedahan pengajaran yang sesuai dengan pembelajaran abad ke-21
( 20 markah)





















3 Perkembangan profesional seseorang guru menjadi pemangkin dalam peningkatan kualiti guru. Ini adalah suatu proses pembelajaran seseorang secara berterusan samada bagi tujuan meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru, apakah pelan pembelajaran peribadi anda untuk memastikan amalan proses pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan keberkesanan diri dalam profession keguruan.
Contoh hujah:
i. Mengamalkan pembelajaran kendiri
Usaha seorang pendidik bagi mencapai tahap profesional akan melahirkan generasi berilmu dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop global. Peralihan teknologi yang terkini memerlukan seseorang guru harus bersedia mendalami ilmu pengetahuan semasa. Sebagai guru, saya sentiasa meningkatkan diri supaya banyak membaca dan mendapat maklumat terkini bagi menghasilakn pendidikan berkualiti. Budaya membaca merupakan langkah mempersiapkan diri guru bagi mendepani perubahan masa depan. Ini membantu diri saya meningkatkan kemahiran menulis jurnal dan melakukan penyelidikan tindakan untuk menyebarkan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang yang diceburinya
Hujah-hujah lain:
ii. Menjadi pengamal reflektif
-budaya reflektif yang merenung kembali sesuatu pengalaman yang dialami
-sesorang guru membuat pertimbangan sendiri terhadap pengalaman sewaktu menaplikasikan pengetahuannya
-guru membaiki diri dengan kemahiran yang dimiliki
-dapat mengubah cara pdp supaya pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

iii. Mengamalkan cara kerja musyawarah dan kolaborasi
-mewujudkan percambahan pemikiran dan meningkatkan kualiti tindakan guru
-memperkembangkan idea

-mengatasi sesuatu permasalahan secara bersama dan berkesan

iv. Melaksanakan Penyelidikan tindakan
-budaya menyelidik dapat meningkatkan keberkesanan diri.
-proses menyelidik mendorong pemikiran tinggi.
-dapat mencungkil perkara baru dan mencadangkan tindakan terkini
-mengangkat bidang pendidikan agar setaraf dengan kelompok profesional lain.

v. Menyumbang kemahiran dalam bidang penulisan
-amalan menulis menggalakkan kemahiran berfikir tinggi
-meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru
(20 markah)