Wednesday 4 March 2015

Soalan Tugasan EDU 3093


TARIKH MULA
14 FEBRUARI 2015
TARIKH HANTAR


13 MAC 2015

Hasil Pembelajaran Kursus :
Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi guru.

Menerangkan peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru

Membincangkan tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah-langkah menanganinya.

Mengenalisis punca gangguan emosi guru.

Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan.


Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 4, dan 5.







Objektif Projek :


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Menghasilkan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.

2. Menyatakan langkah-langkah bagi mengatasi masalah stres yang banyak berlaku
dalam kalangan guru dan murid.

3. Membina pengurusan grafik berkaitan dengan pelan tindakan pengurusan stres.

4. Menghasilkan penulisan yang berkualiti.


Tugasan Projek :

Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)

Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebooktwitterhi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.

Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)

Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus EDU3093. Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya.

Tugasan 2.
Penulisan (30%)
Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.
Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Hasilkan peta pemikiran i-Think berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan stress dalam kalangan guru.

PanduanPelaksanaanProjek :

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

2.1. Mukadepan hendaklah mengikut templat terkini.
2.2. Bentuk tulisan font arial-saiz 11
2.3. Langkau 1.5 baris (one and half spacing)
2.4. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3. Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15
mukasurat.

4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5. Tugasan individu dan kumpulan hendaklah dihantar secara berasingan

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.

4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya sumber 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,
2 bahan bercetak yang lain).






Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh :



(ABD JAMILBIN SABDIN) (PN SABIAH BT MOHAMED)
Penyelaras Subjek EDU3093 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAA, Kuala Lipis. IPGKTAA, Kuala Lipis.




Disahkan oleh:



( HAJAH SALBIAH BT ISHAK,.AAP)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAA, Kuala Lipis

No comments:

Post a Comment